Monday, October 5, 2009 - 1 comments

MajLis BeRkAmPuNg 3/10/2009

seperti yg telah dirancangkan pd 3/10/2009 majlis berkampung telah diadakan di dewan tmpt aku bertunang dulu kol 3 ptg....majlis berkampung ni diadakan bertujuan utk berbincang berkaitan majlis perkahwinan aku nnt.....lebih kurang berbincang utk bahagi2 kan keje la supaya majlis tu nnt akan berjalan lancar (diharap2 kan la).....selain tujuan berkampung ni juga ada lah utk meminta kerjasama drp sanak saudara dan jiran tetangga agar dpt bergotong royong bg melancarkan lg majlis tu nnt....ye la nk wat majlis kahwin ni bkn sahaja melibatkan pihak keluarga sahaja,tp still kena bantuan drp sanak saudara dan jiran tetangga walaupun bab makan semua dh diuruskan oleh pihak katering.....so layan la beberapa gmbr yg sempat aku rakam kan serta senarai aturcara majlis....


antara tetamu yg hadir.....



perbincangan sedang dijalankan....huhu ingat pengantin dok diam2 je la tk yah terlibat apa2 dlm perbincangan ni,last2 kena gak terlibat



aku yg aju disamping ibu.....hehehehe...



kaum lelaki



kaum wanita



makan time.....



mkn2......

bincang2 selesai kol 6....tp tetamu yg dtg sampai ke mlm...dr dewan majlis berpindah ke rumah....penatnye badan tk terkata la....huhu ni baru je majlis berkampung belum lg majlis kenduri kahwin yg sebenar nnt.....huhu ni ada yg sbln tk hilang penat....huhuhu

ni list aturcara majlis majlis perkahwinan aku nnt:

SABTU 3/10/2009

1) 3.00 ptg – Majlis Berkampung

Tempat : Rumah

Yg Terlibat : Sedara Mara & Jiran Tetangga


RABU 14/10/2009

1)Malam – Penghantaran Set Katil

Tempat : Rumah (bilik pengantin)

Yg Terlibat : Kami sekeluarga sahaja


KHAMIS 15/10/2009

1) 10.00 pagi – Pasang Langsir

Tempat : Rumah

Yg Terlibat : Orang Perempuan

2)10.00 pg – Kemas Rumah,Alih Perabot,Pasang Carpet

Tempat : Rumah

Yg Terlibat : Orang Lelaki

3)2.00 ptg – Buat Bilik Pengantin

Tempat : Rumah (bilik pengantin)

Yg Terlibat : Orang Perempuan

4)3.00 ptg – Pasang Khemah

Tempat : Rumah (tempat parking kereta)

Yg Terlibat : Pihak Katering

* buat notis utk kosongkan parking kereta

5) 9.00 mlm – Rebus Telur

Tempat : Dewan

* pinjam 2 payung makcik kiah blok 20

*kena sediakan plastik utk simpan telur utk direbus

Yg Terlibat : Orang Lelaki & Perempuan

6)10.00 mlm – Pakai Inai

Tempat : Rumah

Yg Terlibat : Pengantin Perempuan & Makcik Saadiah


JUMAAT 16/10/2009

1) 10.00 pagi – Tanak Pulut

Tempat : Surau

Yg Terlibat : Orang Perempuan

2) 10.00 pagi – Isi Telur & Gula-gula Dalam Bekas Telur/Kotak & Bunga Telur

Tempat : Dewan

Yg Terlibat : Orang Perempuan

3)10.00 pagi – Isi Cenderahati Dalam Paper bag

Tempat : Dewan

Yg Terlibat : Orang Perempuan

4)10.00 pagi – Sediakan Makan Tengahari

Tempat : Surau

Yg Terlibat : Orang Perempuan

5)10.00 pagi – Pasang Pelamin

Tempat : Rumah (khemah pelamin)

Yg Terlibat : Pihak Mak Andam

6) 2.00 ptg – Isi Pulut Dalam Bekas

Tempat : Dewan

Yg Terlibat : Orang Perempuan

7) 5.00 ptg – Pasang Kerusi & Meja

Tempat : Rumah (khemah)

Yg Terlibat : Orang Lelaki

8) 7.00 ptg – Ketibaan Katering

Tempat : Rumah

Yg Terlibat : Pihak Katering

Monitor : Mohd Siddiq (along)

9) 7.30 ptg – Majlis Berzanji,Marhaban & Cukur Jambul

Tempat : Rumah (khemah pelamin)

Yg Terlibat : (a) Kumpulan Marhaban Pangsapuri Cheras 4E

(b) Adam Haikal,Alif Amar & Hana Nabiha

( c ) Pegang Bekas Utk Cukur Jambul : Saudara Mara ( )

(d) Bagi Cenderahati : Saudara Mara ( )

10) 7.45 mlm – Pengantin Perempuan Bersiap

Tempat : Rumah (bilik pengantin)

Yg Terlibat : Pengantin Perempuan & Mak Andam

11) 8.45 mlm – Kedatangan Pengantin Lelaki

Tempat : Rumah

Yg Terlibat : (a) Penyambut Tetamu di bawah Rumah:En.Din

(b) Penyambut Tetamu di Rumah:En.Mohd Taj

Tugas : * Agih-agihkan siapa yg perlu terlibat utk majlis akad nikah

*Yang tidak terlibat utk akad nikah makan di khemah

12) 9.00 mlm – Majlis Akad Nikah

Tempat : Rumah

Terlibat untuk majlis akad nikah

i) Pengantin Lelaki & Pengantin Perempuan

ii) Pengapit Lelaki & Pengapit Perempuan

iii) Tok Kadi & Saksi

iv) Jurugambar

v) Ayah & Mak Pengantin Perempuan

vi) Ayah & Mak Pengantin Lelaki

vii) Bapa saudara & Mak saudara Pengantin Perempuan

viii) Bapa saudara & Mak saudara Pengantin Lelaki

13) 10.00 mlm – Solat Syukur

Tempat : Rumah (bilik pengantin)

Yg Terlibat : Pengantin Lelaki

14) 10.15 mlm – Majlis Batal Air Sembahyang

Tempat : Rumah (bilik pengantin)

Yg Terlibat : Pengantin Lelaki & Pengantin Perempuan

15) 10.30 mlm – Jamuan Makan

16)11.00 mlm – Majlis Malam Berinai

Tempat : Rumah (pelamin)

Yg Terlibat : (a) Pengacara Majlis:

(b) Pengantin Lelaki Berinai (½ jam)

i) Ayah Pengantin Lelaki

En.Aminudin Bin Mat Nor

ii) Ayah Pengantin Perempuan

En.Ishak Bin Ahmad

iii) Bapa saudara Pengantin Lelaki

iv) Bapa saudara Pengantin Perempuan

v) Saudara mara Pengantin Lelaki (Lelaki sahaja)

vi) Saudara mara Pengantin Perempuan (Lelaki sahaja)

(c) Pengantin Perempuan Berinai (½ jam)

i) Mak Pengantin Perempuan

Pn Zahrah Binti Mohamed

ii) Mak Pengantin Lelaki

Pn Ruhana Binti Mohamed Noor

iii) Mak saudara Pengantin Perempuan

iv) Mak saudara Pengantin Lelaki

v) Saudara mara Pengantin Perempuan (Perempuan sahaja)

vi) Saudara mara Pengantin Lelaki (Perempuan sahaja)

17)12.00 mlm - Majlis Tamat

SABTU 17/10/2009

1) 9.30 pagi – Majlis Khatam Al-Quran

Tempat : Rumah (khemah pelamin)

Yg Terlibat : (a) Pengantin Perempuan & Naim

(b) Diketuai: Pn Hjh Aminah Mohamed (Mak Long)

(c) Diiringi:Kumpulan Marhaban Pangsapuri Cheras 4E

(d) Bagi Cenderahati : Saudara mara ( )

2) 10.30 pagi – Ketibaan Petugas Katering

*Setup Peralatan Katering

Tempat : Rumah (khemah)

Yg Terlibat : Pihak Katering

Monitor : Mohd Siddiq (along)

3) 11.00 pagi – Ketibaan Katering (makanan)

Tempat : Rumah (khemah)

Yg Terlibat : Pihak Katering

Monitor: Mohd Siddiq (along)

4)11.30 pagi – Jamuan Makan

Tempat : Rumah (khemah)

Yg Terlibat : Keluarga,Saudara mara,Jiran dan Yg Bertugas

5) 11.30 pagi – Pengantin Perempuan Bersiap

Tempat : Rumah (bilik pengantin)

Yg Terlibat : Pengantin Perempuan & Mak Andam

6) 12.00 tgh – Ketibaan Jemputan

Tempat : Blok 20,Pangsapuri Cheras 4E

Yg Terlibat : (a) Penyambut Tetamu:Keluarga & Jiran

(b) Melayan Makan:Pelayan Katering

Kumpulan Marhaban Pangsapuri Cheras 4E

(c) Bagi Telur & Gula-gula : Kumpulan Marhaban Pangsapuri Cheras 4E

*Monitor cenderahati : Tahirah & Mohd Hashim

7) 12.30 tgh – Pengantin Lelaki Bersiap

Tempat : Rumah Jiran (Rumah Pn Kamarul Izan 20-02-01)

Yg Terlibat : Pengantin Lelaki & Mak Andam

8) 12.45 tgh – Ketibaan Keluarga Pengantin Lelaki

Tempat : Pintu Masuk Blok 20

Yg Terlibat : (a) Keluarga Pengantin Lelaki

(b) Penyambut Tetamu:Keluarga & Jiran

9)12.50 tgh- i) Pengantin Lelaki bersiap sedia utk berarak

Tempat : Pintu Masuk Blok 20

Yg Terlibat : (a) Pengantin Lelaki,Pengapit & Keluarga

(b) Kumpulan Kompang

(c) Putera Pahlawan :Tg.Amar Qayyum & Tg.Amar Qabil

ii) Pengantin Perempuan bersiap sedia utk majlis bersanding

Tempat : Pelamin

Yg Terlibat : (a) Pengantin Perempuan & Pengapit

(b) Puteri Pengiring :Hana Nadirah & Afiqah

(c) Tukang Bagi Bunga Telur : Saudara mara ( )

( )

(d) Pengutip Tol

10) 1.15 tgh – Mula Berarak & Acara Bayaran Tol

Tempat : Dari Pintu Masuk Blok 20 – Atas Pelamin

Yg Terlibat : (a) Pengantin Lelaki,Pengapit & Keluarga

(b) Kumpulan Kompang

(c) Putera Pahlawan :Tg.Amar Qayyum & Tg.Amar Qabil

(d) Pengacara Majlis : Azlee Jaafar

* Tol Pertama: Pintu Masuk Blok 20 = ______________________________________

______________________________________

______________________________________

*Tol Kedua: Pintu Gerbang = ______________________________________________

______________________________________________

_______________________________________________

*Tol Ketiga: Atas Tangga Pertama Pelamin = ___________________________________

__________________________________________

__________________________________________

*Putera Pahlawan bg bunga kt Puteri Pengiring di tangga kedua pelamin

*Tol Keempat: Atas Pelamin = Mak Andam (Mak Busu Pengantin Perempuan)

11) 1.30 tgh – Silat Pengantin

Tempat : Depan Pelamin

Yg Terlibat : ___________________________________________

12)1.45 tgh – Bacaan Selawat & Doa

Tempat : Khemah Pelamin

Yg Terlibat : Kumpulan Marhaban Pangsapuri Cheras 4E (bacaan selawat)

Dato A.Rahman Hassan (bacaan doa)

13)2.00 ptg – Acara Tepung Tawar

Tempat : Pelamin

*Naik Secara Berpasangan Tepung Tawar Bergambar

Yg Terlibat : (a) Ayah & Mak Pengantin Perempuan

En Ishak & Pn Zahrah

(b) Ayah & Mak Pengantin Lelaki

En Aminudin & Pn Ruhana

(c) Pak Long & Mak Long Pengantin Perempuan

Tn Hj Mohd Ali & Pn Hjh Aminah

(d) Pak Ngah & Mak Ngah Pengantin Perempuan

Dato A.Rahman Hassan & Datin Azizah Mohamed

(e) Pakcik Idris & Makcik Timah Pengantin Perempuan

En Idris &

(f) Makcik Nab Pengantin Perempuan

Pn Zainab

(g) Bapa Saudara & Isteri Pengantin Lelaki

(h) Bapa Saudara & Isteri Pengantin Lelaki

(i) Bapa Saudara & Isteri Pengantin Lelaki

(j) Bapa Saudara & Isteri Pengantin Lelaki

#Sesiapa yg ingin menepung tawar

14)2.45 ptg – Acara Baling Duit Syiling & Gula-gula

Tempat : Pelamin

Yg Terlibat : (a) Pengantin Lelaki & Pengantin Perempuan

(b) Kanak-Kanak

15)3.00 ptg – Acara Makan Beradab

Tempat : Meja Makan Pengantin

Yg Terlibat : (a) Pengantin Lelaki & Pengantin Perempuan

(b) Pengapit Pengantin Lelaki & Pengapit Pengantin Perempuan

(c) Ayah & Mak Pengantin Lelaki

(d) Saudara mara Pengantin Lelaki

* Bagi Cenderahati utk keluarga pengantin lelaki : Saudara Mara & Jiran

16)3.30 ptg- Acara Potong Kek

Tempat : Meja Kek

Yg Terlibat : Pengantin Lelaki & Pengantin Perempuan

17)3.45 ptg- Acara Bergambar

Tempat : Pelamin

Yg Terlibat: Keluarga Pengantin Lelaki & Keluarga Pengantin Perempuan

18)4.15 ptg – Ucapan Terima Kasih mewakili tuan rumah

Tempat : Tempat PA System

Yg Terlibat : Ayah & Mak Pengantin Perempuan

En.Ishak & Pn Zahrah

19)4.30 ptg – Majlis Tamat



p/s: aku sekeluarga hanya merancang,apa2 pun Allah yg menentukan segalanya....kekurangan tetap akan ada....apa2 pun aku berserah kpd yg maha esa utk menentukan apa yg terbaik...hope semuanya berjalan lancar....

1 comments:

Post a Comment