Wednesday, July 15, 2009 - 0 comments

PeRMoHoNaN PeRkAHwInAn....

huhu aku agak confius and pening2 smlm fikirkn pasal proses utk permohonan perkahwinan ni...makin ramai aku tny kwn2 aku makin mcm2 lak kenyataan yg aku dpt...apa yg aku confius sbnr nye...

ok 1st aku download la 'PROSEDUR PERMOHONAN KEBENARAN BERKAHWIN DI WILAYAH PERSEKUTUAN' drp website Jawi...


PROSEDUR PERMOHONAN KEBENARAN BERKAHWIN DI WILAYAH PERSEKUTUAN .

(a.) Borang permohoan kebenaran berkahwin “ Borang 1” terpakai bagi semua pemohon yang tinggal di Wilayah Persekutuan sahaja atau bagi pemohon yang bermastautin di Wilayah Persekutuan tetapi tinggal di luar Wilayah Persekutuan.
(b.) Borang permohonan hendaklah di isi dengan lengkap dalam dua (2) salinan dengan menggunakan dakwat hitam atau biru dan disahkan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ bagi kariah masing-masing.
(c.) Memadam perkataan yang salah atau ditindih adalah tidak dibenarkan.
(d.) Pemohon dan wali hendaklah hadir di hadapan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ kariah ketika menandatangani borang tersebut bagi tujuan pengesahan.
(e.) Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ kariah hendaklah memastikan borang permohonan di isi dengan lengkap dan dokumen-dokumen berkaitan disertakan sebelum menandatangani borang tersebut beserta dengan cop jawatan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ kariah.

word 'Penolong Pendaftar Perkahwinan,Perceraian dan Ruju’ bagi kariah masing-masing' ni yg wat aku confius...apa yg aku faham masa aku gi kursus kawen ari tu istilah 'Penolong Pendaftar' ni membawa maksud 'Imam Jurunikah'...so aku dh btl2 yakin yg 'Imam Jurunikah' ni ialah kadi yg akan nikah akan aku n tunang aku nnt...so kadi yg kt masjid la kan...tp bila aku tny kwn aku dia kta 'Penolong Pendaftar' tu bkn kadi...'Penolong Pendaftar' tu yg kt pjbt agama...what?????....huhu nk gi pjbt agama yg menjadi masalah bg aku sbb kena ambik cuti or 1/2 day at least...kalo kadi kt masjid tu weekend pun leh jumpa...huhu...

tkpe2 tny org lain lak...huhu tny kwn aku yg lain lak dia kta kadi tu kena book awal2 baru leh isi borang permohonan....huhu sudah lain lak kenyataan aku dpt...dh gabra gile aku trs sms tunang aku...mcm biasa la dia la pendamai dikala tunang dia ni ngah kalut tk tentu pasal...tunang aku suggest srh call Jawi n tny ngan org Jawi...

tanpa membuang masa aku pun call la Jawi...so ni la rumusan drp apa yg pegawai Jawi terangkan kt aku...

1) download borang nikah,borang wali,borang hiv dlm website Jawi....
2) gi klinik kesihatan buat hiv test
3) isi borang nikah n borang wali
4) bawa wali jumpa 'Imam Jurunikah' = 'Penolong Pendaftar' = 'Kadi' dkt masjid umah pemohon berserta borang nikah,borang wali,borang hiv,dokumen2 lain yg diperlukan(ic,surat nikah parent,surat beranak,sijil kursus kawen,ic wali)
5) pemohon dan wali sign dpn 'Imam Jurunikah'
6) 'Imam Jurunikah' cop borang nikah sbg pengesahan
7) bawa borang nikah perempuan dan lelaki berserta dokumen2 yg diperlukan ke pjbt agama = 'JAWI' utk disemak dan diapprove (masa yg diambik= 40 minit)
8) slps borang dh approve bw borang tersebut gi jumpa 'Imam Jurunikah' utk book 'Imam Jurunikah' utk nikahkan kita
9) simpan borang utk dicheck semasa nikah

tambahan keterangan yg membuatkan aku semakin lega dan senang hati...

* oleh kerana pasangan aku berkerja di kl dan tinggal di kl,so dia tk perlu balik kelantan utk proses borang nikah,just isi borang nikah kl punya and gi jumpa 'Imam Jurunikah' kt masjid umah dia dan minta borang bermastautin dr 'Imam Jurunikah'....lega nye bila dngr mcm tu...*

*ni prosedur permohonan perkahwinan di KL la....negeri2 lain aku tk tau la....sbb lain negeri lain la prosedur nye....*

apa lg terus la call tunang aku cite la apa yg pegawai Jawi tu ckp....bla...bla....bla....pastu tunang aku kta "ha tu la syng suka sgt kalut tk tentu psl"....huhu lantak la nk ckp aku kalut ke apa ke yg penting aku dh btl2 lega n clear skrg ni...mudah kan prosedur perkahwinan di KL....hehehe...


borang nikah 1


borang nikah 2


borang wali

so 1st step skrg ni buat hiv test...huhu sakit tk buat hiv test ni??????

next wednesday nk buat hiv test....huhu takut nye....sakittttttttttt

0 comments:

Post a Comment